Articles For Website

Cara berdagang dengan S&P 500

Cara berdagang dengan S&P 500

S&P 500 mungkin indeks yang paling terkenal di dunia dan paling banyak diperdagangkan di dunia kewangan. Apakah itu? Berikut kami berikan sedikit gambaran ringkas mengenainya.

Apakah dia?

S&P adalah  indeks pasaran saham . Secara amnyaa, ia menunjukkan prestasi semasa pasaran saham AS. Penting untuk diperhatikan bahawa ada beberapa indeks S&P yang mana setiap satunya mewakili sektor yang berbeza dan jumlah stok yang terkandung di dalamnya juga berbeza. Yang kita ingin bicarakan ialah S&P 500 yang mengandungi 500 syarikat terbesar yang tersenarai di bursa saham AS.

Apa yang menarik tentangnya?

Ramai pedagang yang cenderung berfikir bahawa S&P mencerminkan trend pasaran saham global. Ini terjadi hanya kerana syarikat-syarikat terbesar di Amerika mempengaruhi landskap kewangan global. Namun, ada terdapat pasaran saham dan indeks yang lain juga – contohnya dari Asia dan Eropah, dan ia mungkin jauh berbeza dengan indeks yang ada di AS dari segi tindak tanduk dan trend.

Di mana kita boleh menemuinya

Di  MetaTrader (MT4 / MT5) , anda boleh pergi ke CFD Futures dan pilih SP 500.

Di FBS Trader, di bahagian Indeks, cari US500.

Bagaimana cara berdagang dengannya

Di antara semua indeks yang ada, S&P 500 adalah yang paling mudah untuk diperdagangkan kerana anda akan sentiasa dimaklumkan tentang pergerakannya. Bloomberg, CNN, Reuters, saluran media atau laman-laman web lain yang mendapat perhatian global akan selalu menjadikannya sebagai tajuk utama bagi anda kerana S&P 500 adalah titik rujukan utama setiap kali kita berbicara mengenai landskap korporat dan persekitaran perniagaan Amerika.

Salah satu tip praktikal untuk memperdagangkan S&P 500 adalah untuk meninjau sentimen pasaran sebelum sesi AS dibuka: Niaga hadapan AS boleh dijadikan indikator yang baik. Contohnya, jika anda membuka saluran media, dan ia mengatakan bahawa US Futures menuju ke atas, itu mungkin – namun tidak semestinya – bermaksud bahawa S&P 500 kemungkinan besar akan bergerak ke atas apabila pasaran dibuka. Sebaliknya, bila US Futures turun, ini boleh memberikan isyarat bahawa sesi pasaran yang akan datang mungkin suram dan bearish – di mana S&P menunjukkan tingkah laku yang sama.

Exit mobile version