Beberapa dekad yang lalu, London pernah menjadi pusat kewangan dunia. Walaupun keadaannya sudah tidak lagi begitu, Bursa Saham London adalah bahagian yang integral dan penting dalam landskap korporat global, dan mempunyai indeksnya sendiri – FTSE100 (atau, UK100 seperti di dalam FBS Trader).
-
Apakah ia?
FTSE100 , atau Footsie, adalah indeks Bursa Saham London yang sama seperti Nasdaq, S&P 500, Nikkei, dan lain-lain. Syarikat-syarikat awam yang memiliki permodalan terbesar di Bursa Saham London adalah elemen yang dirampaikan oleh indeks ini.
-
Apa yang membezakannya dari yang lain?
Selama tiga dekad yang lalu, kawasan di atas 7000 telah terbukti menjadi zon rintangan yang besar untuk FTSE100. Hanya sekali ia berjaya melampaui julat 7500 dan seterusnya melantun ke bawah. Pada saat ini, ia sedang diperdagangkan sekitar 6900, dan ia sedang mendekati kawasan rintangan itu sekali lagi. Melihat dari perspektif ini, FTSE100 akan melalui satu masa bersejarah yang akhirnya akan menyingkap sekiranya ia mampu menembusi kawasan rintangan yang sebelumnya kukuh dan kebal dan akhirnya mencatat rekod tertinggi baru sepanjang zaman di atas 7500 – jika tidak ada masalah besar dalam kemajuan pemulihan ekonomi Britain.
-
Di mana kita boleh menemuinya
Di MetaTrader, pergi ke bahagian CFD Futures dan pilih UK100 / FTSE 100 Index.
Di FBS Trader, buka tab Indeks dan pilih UK100 / FTSE 100.
-
Bagaimana cara berdagang dengannya
Pedagang perlu mempunyai kecenderungan minat yang khusus dalam persekitaran korporat Inggeris untuk memahami apa yang menggerakkan indeks ini. Boleh dikatakan, ia menyerupai tingkah laku S&P 500 dan indeks Eropah (juga terdapat di FBS Trader) kerana ekonomi UK sangat erat hubungannya dengan AS dan Eropah dan tertakluk kepada faktor impak yang serupa. Dalam masa yang sama, ia mempunyai ciri khasnya yang tersendiri dan carta indeks ini akan memperlihatkannya. Secara praktikal, tidak sukar untuk membuat analisis fundamental mengenai sentimen pasaran Britain kerana kebanyakan saluran media memberikan banyak perhatian pada perkembangan di UK pada setiap masa.